Thursday, May 2, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Pelupusan sampah sumber besar pelepasan gas metana

    BENGALURU, INDIA, 11 OGOS – Satu kajian mendapati tapak pelupusan sampah melepaskan sejumlah besar gas metana yang memanaskan bumi ke atmosfera daripada bahan buangan yang terurai.

    Ahli sains menggunakan data satelit dari empat bandar besar di seluruh dunia – Delhi dan Mumbai di India, Lahore di Pakistan dan Buenos Aires di Argentina – dan mendapati pelepasan pada peringkat bandar pada 2018 dan 2019 adalah 1.4 hingga 2.6 lebih tinggi daripada anggaran sebelum ini.

    Kajian itu, diterbitkan dalam Science Advances semalam, bertujuan membantu kerajaan tempatan melaksanakan usaha untuk mengehadkan pemanasan global dengan memperincikan kawasan terbabit secara tepat.

    Apabila bahan organik seperti makanan, kayu dan kertas terurai, ia melepaskan gas metana ke udara. Tapak pelupusan sampah adalah sumber ketiga terbesar pelepasan gas tersebut di dunia, selepas sistem menggunakan minyak dan gas serta pertanian.

    Walaupun metana hanya merangkumi kira-kira 11 peratus daripada pelepasan gas rumah hijau dan wujud kira-kira 12 tahun dalam udara, ia memerangkap haba di atmosfera 80 kali lebih tinggi daripada karbon dioksida.

    Ahli sains menganggarkan sekurang-kurangnya 25 peratus pemanasan hari ini adalah berpunca daripada metana yang terhasil akibat kegiatan manusia.– AP

    Seorang penduduk mengutip sampah di tapak pelupusan sampah di New Delhi. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    April bulan terpanas dalam rekod Hong Kong

    HONG KONG, 2 MEI - Hong Kong merekodkan bulan April adalah paling panas sejak rekod meteorologi bermula pada 1884, menurut pemerhati cuaca bandar itu. Suhu...