Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pemilik bertuah Kia Ev6 sudah diketahui

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 JULAI – Tuah menyebelahi Muhammad Fakhri bin Mohamad apabila kotak pek bateri pilihannya merupakan kotak mengandungi hadiah utama bagi promosi Drive into the Future semasa majlis cabutan bertuah hadiah utama yang berlangsung di Dewan Pameran Kia, Beribi, hari ini.

    Pengedar eksklusif kenderaan Kia di Negara Brunei Darussalam, Grand Motors Sdn Bhd mengadakan promosi berkenaan bersempena dengan Ulang Tahun Grand Motors Ke-40 di mana promosi bermula dari 1 Januari hingga 30 Jun 2024, yang menyaksikan lebih 1,300 orang pelanggan mengambil bahagian dengan berpeluang memenangi hadiah utama promosi iaitu sebuah kenderaan baru, Kia EV6 dan pelbagai hadiah-hadiah menarik.

    Hadir semasa majlis berkenaan ialah pengarah-pengarah dan pihak pengurusan Grand Motors Sdn Bhd termasuk Pengarah Urusan, Frankie Ho, Pengarah Eksekutif, Haji Shaiful Rizal bin Pehin Dato Dr Haji Ahmad dan Pengurus Jualan Kia, Jacqueline Koh.

    Gambar ramai Muhammad Fakhri, Haji Shaiful Rizal, Jacqueline Koh dan Frankie Ho.

    Wakil-wakil rakan kewangan, Baiduri Finance Berhad dan BIBD At-Tamwil Bhd turut hadir di majlis berkenaan iaitu Ketua Pasukan Jualan 1, Baiduri Finance, Md Saadeq Chong Haji Zaini, Pengurus Jualan Off-Site, BIBD At-Tamwil, Mohamad Asmali Razali, Ketua Bahagian Jualan, Baiduri Finance, Haji Muhammad Ali bin BM Haji Metussin dan Pengarah Urusan, BIBD At-Tamwil, Haji Mohd Said bin Haji Zania.

    Susulan daripada cabutan itu, hadiah utama promosi iaitu sebuah Kia EV6 dimenangi oleh Muhammad Fakhri, manakala hadiah kedua, Boeffi Bovalino 2 Massage Chair dimenangi oleh Noriah binti Haji Mohd Ali/Haji Mohd Alli dan hadiah ketiga, iPhone 15 Pro Max dengan 512GB menjadi milik Dayangku Nuraqil Yasarina binti Pengiran Mohd Yassin.

    Mohd Fakhri, pemenang bertuah memenangi Kia EV6.
    Pemenang hadiah kedua, Noriah binti Haji Mohd Ali/Haji Mohd Alli.
    Dayangku Nuraqil memenangi sebuah iPhone 15 Pro Max selaku pemenang ketiga.

    Dalam temu bual ringkas bersama Media Permata, Muhammad Fakhri melahirkan perasaan gembira dan bersyukur terpilih untuk menyertai cabutan utama serta tidak menyangka membawa pulang sebuah kenderaan sebagai hadiah.

    Beliau yang membeli kenderaan Kia Sonet semasa promosi berkenaan, berkata akan menggunakan kereta EV6 tersebut sebagai kereta untuk keluarga. Beliau turut menyatakan penghargaan kepada Grand Motors Sdn Bhd yang menganjurkan promosi berkenaan.

    Pada acara itu, kesemua pelanggan bertuah yang telah disenarai pendek turut membawa pulang hadiah masing-masing.

    Gambar ramai semua peserta dan penganjur seusai majlis. – GAMBAR- GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda