Saturday, September 14, 2024
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pendaftaran baharu pelajar antarabangsa di Australia akan dihadkan

    CANBERRA, 27 OGOS – Kerajaan Australia hari ini mengumumkan bahawa ia akan mengehadkan pendaftaran pelajar antarabangsa baharu di universiti dan penyedia pendidikan vokasional kepada 270,000 pada tahun 2025.

    Had ini akan membolehkan 145,000 pelajar antarabangsa memulakan pengajian di universiti yang dibiayai oleh kerajaan; 95,000 pelajar dalam sektor pendidikan dan latihan vokasional (VET); dan 30,000 pelajar di universiti lain dan penyedia pendidikan tinggi bukan universiti pada tahun 2025.

    Menteri Pendidikan, Jason Clare memberitahu pemberita bahawa pihak universiti akan dibenarkan untuk mendaftarkan 15 peratus lebih ramai pelajar antarabangsa berbanding tahun 2019, tetapi jumlah itu akan dikurangkan sebanyak 20 peratus untuk penyedia VET.

    Beliau berkata bahawa had tersebut, yang tertakluk kepada kelulusan undang-undang oleh parlimen, akan menetapkan permulaan pelajar antarabangsa pada kira-kira 7,000 di bawah paras tahun 2019 dan 53,000 di bawah angka tahun 2023 tetapi pendaftaran akan diagihkan dengan lebih seimbang di seluruh sektor. – Xinhua

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda