Saturday, May 4, 2024
24 C
Brunei

    -

    Pengurus syarikat agensi pelancongan cuba bunuh isteri didakwa

    SEPANG, 25 APRIL – Seorang pengurus syarikat agensi pelancongan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Sepang, Malaysia, hari ini atas dua pertuduhan iaitu cubaan membunuh isterinya, dan menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang pengawal peribadi kepada wanita itu.

    Hafizul Hawari, 38, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Dr Azrol Abdullah.

    “Faham (pertuduhan) tidak mengaku bersalah,” katanya.

    Hafizul didakwa cuba membunuh isterinya Farah Md Isa, 38, di Balai Ketibaan Antarabangsa Aras 3, Terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang pada pukul 1:09 pagi, 14 April lepas.

    Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun serta denda, dan jika menyebabkan kecederaan hendaklah dipenjara hingga 20 tahun jika sabit kesalahan.

    Dia juga didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera parah ke atas pengawal peribadi isterinya itu, Mohd Nur Hadith Zaini, 38, dengan menggunakan pistol yang boleh menyebabkan kematian pada lokasi, tarikh dan masa yang sama.

    Bagi pertuduhan itu dia didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.

    Hafizul yang memakai t-shirt berwarna hitam dan dikawal ketat oleh pasukan polis tiba di Kompleks Mahkamah Sepang pada kira-kira pukul 8:15 pagi. – Bernama

    Hafizul Hawari mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Sepang, Malaysia, hari ini atas dua pertuduhan iaitu cubaan membunuh isterinya, dan menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang pengawal peribadi kepada wanita itu. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...