Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penyelidik Brazil temui fosil dinosaur selepas hujan lebat

    RIO DE JANEIRO, 17 JULAI – Sekumpulan saintis Brazil telah menemui rangka fosil yang mereka percaya sebagai salah satu dinosaur tertua di dunia selepas hujan lebat di negeri selatan Rio Grande do Sul mempercepatkan proses semula jadi hakisan.

    Fosil yang ditemui di sebelah takungan di perbandaran Sao Joao do Polesine itu berusia sekitar 233 juta tahun, menurut ahli paleontologi Rodrigo Temp Muller, yang mengetuai pasukan dari Universiti Persekutuan Santa Maria yang menemui tulang berkenaan pada Mei.

    Dakwaan-dakwaan itu belum disahkan oleh saintis-saintis lain atau diterbitkan da-lam jurnal saintifik.

    Para penyelidik percaya dinosaur itu hidup semasa zaman Triassic, apabila semua benua sebahagian daripada jisim tanah tunggal yang dipanggil Pangaea. Dinosaur dianggap pertama kali berevolusi pada masa itu.

    Pemangsa puncak yang ditemui di Rio Grande do Sul itu tergolong dalam kumpu-lan yang dikenali sebagai Herrerasauridae – keluarga dinosaur yang pernah berkeliaran di seluruh dataran yang membentuk Brazil dan Argentina masa kini, menurut lembaran fakta mengenai penemuan itu yang dikongsi dengan The Associated Press.

    Saiz tulang menunjukkan bahawa dinosaur itu sepatutnya akan mencapai panjang sekitar 2.5 meter, menurut dokumen itu. – AP

    Gambar Unsplash
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda