Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penyertaan perarakan Maulud dibukakan

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 OGOS – Sambutan Maulud Nabi Muhammad SAW Peringkat Negara bagi Tahun 1446 Hijrah akan diadakan pada 16 September depan secara serentak di keempat-empat daerah, bermula jam 7 pagi.

    Sehubungan itu, Jawatankuasa Tertinggi Majlis Sambutan Hari-hari Kebesaran Islam Peringkat Negara Tahun 1446 Hijrah sukacita mempelawa pasukan-pasukan dan orang ramai bagi sama-sama menyertai sambutan itu nanti.

    Bagi Daerah Brunei dan Muara, penyertaan adalah dibukakan kepada Kategori Kementerian-kementerian, Kategori Institusi Pengajian Tinggi / Maktab / Sekolah Arab / Sekolah Menengah / Swasta, Kategori Kampung dan Masjid serta Kategori Persatuan dan Sektor Swasta.

    Penyertaan bagi Daerah Brunei dan Muara telah pun dibukakan dan borang boleh didapati daripada Urus Setia Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad SAW Peringkat Negara Bagi Tahun 1446 Hijrah, iaitu Bahagian Kemajuan Syiar Islam, Tingkat 2, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) atau memuat turun di laman sesawang KHEU, http//: kheu.gov.bn.

    Borang penyertaan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada pihak urus setia berkenaan, melalui faks 2382351 atau e-mel kepada syiar.islam@mora.gov.bn.

    Sementara itu, borang-borang penyertaan bagi Daerah Belait, Tutong dan Temburong bolehlah diperolehi di pejabat hal ehwal ugama daerah masing-masing dan dikembalikan ke pejabat yang sama.

    Tarikh tutup pendaftaran dan mengembalikan borang penyertaan ialah pada 2 September pukul 4 petang.

    Bagi Daerah Brunei dan Muara, sebarang pertanyaan lanjut mengenainya boleh menghubungi Urus Setia Majlis Perhimpunan dan Perarakan Sambutan Maulud Nabi Muhammad SAW Tahun 1445 Hijrah melalui talian 2382301 sambungan 234 dan 237.

    Bagi Daerah Belait, boleh berhubung dengan Setiausaha Jawatankuasa Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad SAW, Awang Mohd Noorsuffian bin Haji Yahya, di talian 8874466.

    Bagi Daerah Tutong, Ahli Jawatankuasa Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad SAW, Dayang Noraini binti Haji Saniah, di 8243010.

    Bagi Daerah Temburong, Timbalan Setiausaha Bersama Majlis Sambutan Maulud
    Nabi Muhammad SAW, Haji Hazimin bin Haji Metali di 8851981.

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda