Monday, September 16, 2024
33.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perancis pulihkan teknologi kapal layar bebas karbon

    NEW YORK, 4 SEPT – Sebuah syarikat Perancis berusaha untuk memulihkan teknologi mesra alam dan kos efektif pada sebuah kapal layar kargo terbesar di dunia, Anemos.

    Timbulnya minat yang makin meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini dalam penggunaan teknologi layar untuk membawa muatan kargo kerana kos bahan api dan kebimbangan alam sekitar telah meningkat dalam kalangan syarikat perkapalan dan pengguna.

    Anemos telah menyempurnakan pelayaran transatlantik sulungnya selama 18 hari dari pelabuhan Perancis Le Havre ke Pelabuhan Newark kelmarin. Guillaume Le Grand, Ketua Eksekutif Pengendali TOWT, berharap ia akan menjadi pelayaran yang pertama.

    “Ia adalah kapal layar terbesar dan kami mula memberikan impak,” katanya mengenai kapal itu dan sebuah kapal lagi, Artemis, yang akan dilancarkan di Vietnam hari ini.

    “Kami mempunyai permintaan yang tinggi. Enam buah kapal lagi sudah ditempah,” tambah Le Grand, menjelaskan bahawa pelanggan teringin untuk mengetahui intensiti karbon penghantaran mereka. – AFP

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda