Thursday, May 2, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Perbicaraan kilang runtuh disambung selepas lima tahun

    DHAKA, 1 FEB – Bangladesh menyambung semula perbicaraan pembunuhan berhubung salah satu bencana kilang paling dahsyat di dunia selepas lima tahun terbantut dalam rayuan dan prosedur mahkamah, pendakwa raya memberitahu AFP hari ini.

    Lebih 1,130 orang pekerja meninggal dunia pada 2013 apabila kilang tekstil sembilan tingkat di ibu kota Dhaka runtuh.

    Plaza Rana yang runtuh – kilang yang menghasilkan jenama pakaian ternama seperti Zara, Primark dan Benetton – menunjukkan keadaan tidak selamat dalam industri pakaian mewah negara itu dan mencetuskan bantahan besar-besaran mendesak tindakan daripada peruncit global.

    Mahkamah pada 2016 mendakwa 41 orang dengan tuduhan membunuh kerana meluluskan standard bangunan dan memaksa pekerja untuk bertugas walaupun retakan jelas kelihatan pada kompleks sehari sebelum bencana berlaku.

    Namun kes tertangguh selama lebih lima tahun sementara beberapa defendan cuba untuk melepaskan diri daripada tuduhan, dan mahkamah tinggi negara itu menggantungkan pendakwaan terhadap dua pegawai yang dituduh meluluskan bangunan kurang bermutu.

    Pada Isnin, hakim mengarahkan perbicaraan diteruskan ke atas 36 defendan asal – tiga sudah meninggal dunia – dengan pendakwa raya meminta untuk menangguhkan dua penggantungan tuduhan yang dianggap berasingan.

    “Kami ingin mengakhiri perbicaraan dengan secepat mungkin. Terlalu banyak masa yang dibuang,” kata ketua pendakwa raya, Sheikh Hemayat Hossain memberitahu AFP.

    “Bangunan tidak mempunyai sebarang rancangan pembinaan. Ia bergeger apabila mesin dihidupkan dan pemilik bangunan, Sohel Rana, menggunakan paksaan untuk menyuruh pekerja bekerja pada hari runtuhan.” – AFP

    Gambar fail bertarikh 29 April 2013 menunjukkan anggota bomba Bangladesh berusaha mengawal kebakaran di Plaza Rana, Dhaka. Perbicaraan pembunuhan berhubung runtuhan kilang selepas lima tahun dalam rayuan dan prosedur mahkamah.- AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Parlimen Korea S luluskan siasatan baharu insiden kematian Marin

    SEOUL, 2 MEI - Parlimen Korea Selatan hari ini meluluskan rang undang-undang untuk mengadakan siasatan baharu ke atas kematian orang ramai semasa Halloween 2022...