Tuesday, September 17, 2024
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perlu kerjasama tingkatkan pulangan

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 SEPT – Syarikat Usaha Sama Brunei Shell (BSJV) dan Brunei Gas Carriers Sdn Bhd (BGC) perlu bekerjasama me-rancang bagi meningkatkan pula-ngan dan menyokong pertumbuhan perniagaan untuk kekal berdaya saing pada masa hadapan.
    Ia kerana pengurusan kos adalah pemacu nilai utama bagi kemampanan jangka panjang syarikat-syarikat BSJV dan BGC.

    Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah menekankan perkara tersebut semasa berkenan mengurniakan titah ketika mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Pengarah Syarikat Minyak Brunei Shell Sdn Bhd (BSP) ke-412 dan Mesyuarat Lembaga Pengarah Syarikat Pemasaran Brunei Shell Sdn Bhd (BSM) ke-190 bagi Suku Ketiga Tahun 2024, di Jabatan Perdana Menteri, hari ini.

    Mengambil kira aktiviti-aktiviti syarikat-syarikat BSJV dan BGC yang meluas di Negara Brunei Darussalam dengan para vendor dan kontraktor, Baginda Sultan menekankan perlunya kerjasama dengan agensi-agensi yang berkaitan untuk menegakkan integriti yang tinggi dalam kesemua aktiviti.

    Keberangkatan Baginda Sultan dijunjung oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah dan Timbalan Menteri (Tenaga) di JPM, Dato Seri Paduka Haji Mohamad Azmi bin Haji Mohd Hanifah selaku ahli-ahli Lembaga Pengarah BSP dan BSM.

    Mesyuarat tersebut dimulakan dengan bacaan doa oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Haji Mohammad Izzat Izzuddin bin Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Emran.

    Mesyuarat tersebut, yang menandakan berakhirnya sesi Mesyuarat Lembaga Pengarah Suku Ketiga 2024 untuk tahun ini, telah membincangkan perkembangan terkini dalam bidang-bidang penting seperti operasi, keselamatan, kewangan dan pembangunan tenaga manusia serta strategi jangka panjang BSP dan BSM bagi tahun-tahun akan datang dan seterusnya.

    Turut hadir pada mesyuarat itu, pihak-pihak berkepentingan termasuk shareholder directors yang mewakili kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Shell plc dan Mitsubishi Corporation serta ahli-ahli kepimpinan dari BSP dan BSM.

    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu‘izzaddin Waddaulah semasa berkenan berangkat bagi mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Pengarah Syarikat Minyak Brunei Shell Sdn Bhd (BSP) dan Mesyuarat Lembaga Pengarah Syarikat Pemasaran Brunei Shell Sdn Bhd (BSM) bagi Suku Ketiga 2024, di Jabatan Perdana Menteri, kelmarin. – GAMBAR OLEH INFOFOTO
    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah berkenan menerima junjung ziarah daripada pegawai-pegawai BSM dan BSP semasa mesyuarat tersebut. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    Baginda Sultan berkenan mengurniakan titah semasa mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Pengarah BSP ke-412 dan Mesyuarat Lembaga Pengarah BSM ke-190 di JPM, kelmarin. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    Antara yang hadir semasa mesyuarat berkenaan.– GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda