Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Persiapan sambutan Hari Kebangsaan di Sarawak berjalan lancar

    SIBU, 15 OGOS – Persiapan sambutan Perayaan Hari Kebangsaan Peringkat Sarawak 2024 yang akan diadakan di Sibu pada 30 dan 31 Ogos ini berjalan lancar, kata Residen Bahagian Sibu, Abang Mohamad Porkan Abang Budiman.

    Beliau berkata sebaik sahaja Festival Kebudayaan Borneo (BCF) di Dataran Tuanku Bujang berakhir minggu ini, persiapan untuk Konsert Ambang Hari Kebangsaan akan dilakukan di dataran tersebut.

    Selain konsert yang akan bermula pada pukul 8 malam itu, turut dianjurkan acara Fun Walk pada 31 Ogos, dijangka melibatkan kira-kira 5,000 peserta.

    Acara kemuncak katanya ialah Perhimpunan Sambutan Hari Kebangsaan yang akan berlangsung di Dewan Canselor Tun Abdul Taib Mahmud, Universiti Teknologi Sarawak (UTS).

    Bazar Merdeka juga akan diadakan di Dataran Tun Tuanku Bujang Fasa Kedua sebagai tarikan kepada orang ramai membeli-belah selain membantu usahawan tempatan menambah pendapatan.

    Abang Mohamad Porkan berkata sambutan itu bertujuan untuk mengukuhkan lagi semangat perpaduan serta keharmonian rakyat majmuk di negara itu. – Bernama

    Gambar Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda