Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pesta Makanan Singapura bakal kembali

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 JULAI – Pesta Makanan Singapura yang dinanti-nantikan akan kembali untuk edisi ke-5 di Restoran Anjung Saujana dari 1 hingga 17 Ogos depan, sekali gus menawarkan pengalaman gastronomi luar biasa masakan Singapura yang menjadi kegemaran orang ramai.

    Menandakan peristiwa penting dalam hubungan diplomatik, festival tahun ini, dengan sokongan Suruhanjaya Tinggi Singapura dan Lembaga Pelancongan Singapura, meraikan empat dekad persahabatan antara Brunei Darussalam dan Singapura.

    Festival itu akan menyajikan lebih 80 masakan yang menampilkan warisan masakan Singapura yang pelbagai selain memaparkan gabungan hidangan Melayu, Cina, India, Nyonya Peranakan dan Indonesia.

    Gambar Canva
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda