Sunday, May 5, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    PM beri bonus pelari Kemboja AS$10,000

    PHNOM PENH, 10 MEI – Seorang pelari Kemboja yang menjadi peserta terakhir dalam perlumbaan Sukan SEA dan menawan hati ramai orang dengan semangatnya yang berlari dalam hujan lebat telah dianugerahkan AS$10,000 oleh Perdana Menteri Hun Sen hari ini.

    Pemimpin Kemboja itu berkata beliau memberi ganjaran kepada atlet, Bou Samnang ‘untuk menggalakkan ketabahan’.

    Bou Samnang yang basah kuyup menangis selepas melintasi garisan penamat dalam acara larian persen-dirian 5,000m pada Isnin hampir enam minit selepas pemenang perlumbaan di garisan penamat.

    Keazamannya itu membuatkan dirinya menjadi sanjungan tuan rumah Sukan SEA, Kemboja dan rakaman lariannya yang basah dan bersendirian menuju ke garisan penamat telah ditunjukkan di dalam dan luar negara.

    Hun Sen, yang ketika ini menghadiri sidang kemuncak serantau di Indonesia, menambah kekaguman yang mencurah-curah.

    “Cerita menariknya ialah pelari Bou Samnang berlari dalam hujan sehingga ke garisan penamat walaupun dia tidak mendapat tempat (dalam pingat),” tulisnya dalam satu kenyataan.

    “Untuk menggalakkan ketabahan, saya dan isteri menderma AS$10,000 kepadanya.”

    Purata pekerja memperoleh kira-kira AS$10 sehari di Kemboja. Sukan SEA di ibu negara Phnom Penh berakhir pada 17 Mei. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...