Sunday, January 12, 2025
28.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    PM Israel jalani pembedahan pasang perentak jantung

    TEL AVIV, 23 JULAI – Sejurus sebelum undian mengenai rombakan rang undang-undang kehakiman di Parlimen, Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu kini menjalani pembedahan untuk memasang perentak jantung, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).

    “Saya dalam keadaan baik, tetapi saya mendengar nasihat doktor,” kata Netanyahu dalam mesej video yang disiarkan pada awal pagi Ahad.

    Pembedahan itu akan dilakukan di Hospital Sheba dekat Tel Aviv, menurut kenyataan itu.

    Netanyahu, 73, sebelum ini dimasukkan ke hospital kerana dehidrasi dan dipasang dengan alat pemantau jantung.

    Perdana menteri Israel itu berkata bahawa peranti itu telah berbunyi pada petang kelmarin, bermakna pembedahan perlu segera dilakukan.

    Netanyahu dijangka dibenarkan keluar dari hospital pada petang hari ini dan akan hadir untuk pengundian mengenai pembaharuan kehakiman.

    Netanyahu telah dimasukkan ke hospital beberapa kali pada masa lalu kerana masalah kesihatan. – Bernama

    Pejabat Netanyahu berkata pada awal hari ini bahawa dia sedang menjalani pembedahan untuk menerima perentak jantung. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda