Saturday, May 18, 2024
24.6 C
Brunei

    -

    Polis tembak kereta mewah bawa dadah lebih RM100,000

    KOTA BHARU, 29 APRIL – Polis Kelantan melepaskan beberapa das tembakan ke arah sebuah kereta mewah yang dipercayai membawa dadah dalam Operasi Tapis Bersepadu di Ketereh, Sabtu lepas.

    Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata polis terpaksa melepaskan tembakan bagi mengawal keadaan selepas pemandu kenderaan terbabit bertindak agresif dan cuba merempuh anggota polis yang menjalankan tugas.

    Beliau berkata suspek lelaki berusia 31 tahun itu memandu kereta jenis Volkswagen Scirocco berwarna hitam ditahan pada 4:15 petang Sabtu di sebuah rumah di Taman Wadi Iman, selepas gagal meloloskan diri.

    “Hasil pemeriksaan ke atas kenderaan berkenaan polis menemukan sebuah beg berisi 2,400 biji pil yaba, 9.25 gram heroin dan turut merampas kenderaan itu,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan hari ini.

    Muhammad Zaki berkata tangkapan itu turut membawa kepada penemuan 2,000 pil yaba dalam kenderaan jenis Proton Persona warna kelabu yang diletakkan di hadapan rumah suspek. – Bernama

    Datuk Muhamad Zaki Harun (dua, kanan) bersama para pegawai menunjukkan antara barang rampasan pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Xi, Putin hadir rasmikan Tahun Budaya China-Rusia

    BEIJING, 17 MEI - Upacara perasmian Tahun Budaya China-Rusia dan konsert khas bagi meraikan ulang tahun ke-75 ikatan diplomatik kedua-dua negara berlangsung di Beijing...