Tuesday, May 21, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Blackstone tawar AS$1.6 bilion untuk ambil alih Hipgnosis

    LONDON, 29 APRIL – Pemilik hak muzik United Kingdom, Hipgnosis Songs Fund, hari ini bersetuju untuk pengambilalihan AS$1.6 bilion daripada firma ekuiti swasta Amerika Syarikat (AS), Blackstone, yang mengatasi bidaan saingan daripada Concord.

    Pengumuman itu adalah perubahan terbaharu dalam saingan bidaan, di mana pada minggu lalu menyaksikan kumpulan muzik AS, Concord meningkatkan tawarannya melebihi tawaran Blackstone sebelum ini untuk Hipgnosis, yang katalognya termasuk Justin Bieber, Shakira dan Neil Young.

    Hipgnosis dan Blackstone ‘berbesar hati mengumumkan bahawa mereka telah mencapai persetujuan mengenai terma dan syarat pengambilalihan tunai yang disyorkan’, kata kedua-dua firma itu dalam satu kenyataan.

    Mereka menambah, “Syarat pengambilalihan (dari Blackstone) mewakili premium yang menarik untuk pemegang saham Hipgnosis berbanding terma tawaran yang disemak Concord.

    “Oleh itu, para pemegang saham Hipgnosis digesa untuk tidak mengambil tindakan berkenaan dengan tawaran Concord.”

    Blackstone telah menarik balik tawaran pengambilalihannya daripada AS$1.24 sesaham kepada AS$1.30 sesaham, menilai HSF pada kira-kira AS$1.57 bilion. – AFP

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pemimpin dunia sampaikan ucapan takziah pemergian Presiden Raisi

    NEW DELHI, 20 MEI - Pemimpin dunia menyampaikan ucapan takziah dan menzahirkan kesedihan mereka atas pemergian Presiden Iran Ebrahim Raisi yang terkorban dalam nahas...