Friday, May 17, 2024
28.7 C
Brunei

    -

    POLSARA adakan kunjungan raya kepada Pesara PDRM

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 MEI – Rombongan seramai 55 orang ahli Persatuan Anggota Polis Diraja Brunei yang Bersara (POLSARA) bersama keluarga, baru-baru ini, telah, membuat kunjungan sempena Hari Raya Aidilfitri kepada Pesara Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Squad 27/1974 di Dewan Muzium Serba guna Negeri Sabah.

    Kunjungan rombongan yang diketuai oleh Setiausaha Agung POLSARA, Haji Yahya bin Haji Ibrahim itu telah disambut oleh Haji Abdul Latif bin Haji Ibrahim selaku pengerusi majlis.

    Majlis yang julung kalinya diadakan itu didahului dengan ucapan alu-aluan oleh Polis Bersara Sabah, Sub Inspektor Mat Jaya, selaku setiausaha penyelaras, dan seterusnya ucapan daripada pengerusi majlis serta ucapan balas daripada Setiausaha Agung POLSARA.

    Majlis tersebut diakhiri dengan pertukaran cenderamata antara kedua-dua belah pihak serta menikmati jamuan dan ramah mesra sambutan Hari Raya Aidilfitri 1445H.

    Ahli POLSARA dan Pesara PDRM bergambar kenangan semasa majlis berkenaan diadakan. – GAMBAR SERAHAN POLSARA
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    12 terbunuh dipancar kilat di India

    NEW DELHI, 17 MEI - Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh dan beberapa lagi mangsa cedera, kelmarin akibat dipanah petir di Bengal Barat, di timur India,...