Monday, January 13, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    POLSARA serah bantuan kerusi roda kepada pesara polis

    Oleh Yusrin Junaidi – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 JAN – Ahli Persatuan Pesara Polis Diraja Brunei (POLSARA) bersama penaja hari ini mengungkayahkan aktiviti berkebajikan dengan menyerahkan bantuan berupa kerusi roda kepada dua orang mantan anggota Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB).

    Aktiviti berkebajikan itu diketuai oleh Yang Di-Pertua POLSARA, Supt (B) Haji Awang Yahya bin Haji Ibrahim.

    Bantuan disalurkan melalui kerjasama Lotus Light Charity Society (LLCS) yang diketuai oleh SAC (B) Peng Eng Lee.

    Sumbangan bantuan tersebut diberikan kepada Sgt (B) Awang Ahmad bin Kahar yang tinggal di Perumahan Lambak Kanan dan A/L/Cpl Gelawat bin Okang dari Kampung Negalang Unat, Daerah Temburong.

    Sementara itu, penerima bantuan dan keluarga masing-masing meluahkan rasa terharu terhadap sikap pemedulian dan prihatin POLSARA terhadap mereka.

    Awang Gelawat dan Awang Ahmad mengucapkan jutaan terima kasih dan memberi sokongan padu serta mendoakan semoga POLSARA akan berkembang lebih maju dalam usaha berkebajikan dan aktiviti seterusnya.

    ATAS & BAWAH : Sgt (B) Awang Ahmad dan A/L/Cpl Gelawat menerima kerusi roda pada majlis tersebut. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda