Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pope Francis tiba di Indonesia sempena dialog antara agama

    JAKARTA, 3 SEPT – Pope Francis, pemimpin Gereja Katolik dan Kota Vatican, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta di Indonesia hari ini, jam 11:20 pagi waktu tempatan.

    Lawatan empat hari beliau yang berakhir pada 6 September, adalah sebahagian daripada lawatan yang lebih luas untuk mempromosikan dialog antara agama di Indonesia, negara dengan jumlah umat Islam paling ramai di dunia, sebelum meneruskan ke Papua New Guinea, Timor-Leste dan Singapura.

    Pope disambut delegasi pegawai Indonesia, termasuk Menteri Hal Ehwal Agama, Yaqut Cholil Qoumas, serta wakil Gereja Katolik.

    Pope dijadualkan melawat Kedutaan Vatican sebelum bertemu dengan Presiden Joko Widodo esok.

    Itinerari beliau termasuk lawatan ke tapak keagamaan penting, termasuk Gereja Katedral dan Masjid Istiqlal. – Bernama

    Pope Francis disambut oleh Yaqut Cholil Qoumas sejurus selepas mendarat di lapangan terbang Antarabangsa Jakarta Soekarno Hatta, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda