Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Program Jalinan Kasih tingkat kesedaran autisme

    Oleh Yusrin Junaidi – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 SEPT – Dalam usaha meningkatkan kesedaran mengenai autisme dan memupuk semangat kerja berpasukan, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah mengadakan Program Jalinan Kasih bersama Persatuan SMARTER EDGE Centre sempena Sambutan Jubli Emas Penubuhan Polis Wanita, kelmarin.

    Program yang berlangsung di Simpang 74-59, Jalan Seri Setia 1, Kampung Perpindahan Mata-Mata Gadong itu bertujuan untuk menyemai keprihatinan terhadap kanak-kanak autistik serta memupuk rasa tanggungjawab sosial dalam kalangan warga PPDB.

    Dalam program tersebut, PPDB turut menyumbangkan bantuan kewangan kepada SMARTER EDGE Centre bagi menyokong perbelanjaan keperluan pembelajaran dan aktiviti kanak-kanak autistik di pusat berkenaan sekaligus mewujudkan kesedaran, keprihatinan kepada kanak-kanak autistik.

    Menurut kenyataan media PPDB, sumbangan dan program itu adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat PPDB dan dihasratkan untuk memupuk semangat kerja berpasukan di samping menggalakkan pegawai dan anggota bagi menabur bakti dan memberi kembali kepada masyarakat.

    Program itu juga merupakan sebahagian daripada sambutan 50 tahun penubuhan polis wanita di negara ini, yang terus komited dalam menjalankan tanggungjawab sosialnya yang diharapkan sedikit-sebanyak boleh memberi bantuan kepada kanak-kanak SMARTER dan secara tidak langsung menjalinkan hubungan mesra dan kerjasama di antara PPDB dan Persatuan SMARTER.

    PPDB dan Persatuan SMARTER EDGE yang terlibat dalam program tersebut sempat bergambar ramai. – GAMBAR SERAHAN PPDB
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda