Tuesday, September 17, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Program Jelajah Mualaf di Belait

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BELAIT, 8 SEPT- Bagi mengenal pasti kemusykilan yang dihadapi oleh belia mualaf di pedalaman serta bertukar pandangan dan buah fikiran sesama belia dan masyarakat, Belia Mualaf As-Syahadah, di bawah naungan Urus Setia Program Keugamaan Belia (PKB), Pusat Dakwah lslamiah (PDI), Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) telah menganjurkan Program Jelajah Mualaf dan Belia Mualaf Prihatin di Balai lbadat Kampung Merangking, Daerah Belait, petang tadi.

    Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pengarah PDI, KHEU, Haji Abdul Rajid bin Haji Mohd Salleh.

    Antara pengisian program termasuk sukan ria bersama penduduk Kampung Merangking dan sumbangan barang-barang asasi kepada 20 buah keluarga yang tergolong sebagai asnaf mualaf di sekitar Kampung Merangking, Daerah Belait. Acara diselajurkan dengan aktiviti membersihkan persekitaran Balai lbadat Kampung Merangking.

    Jelajah Mualaf adalah satu program inisiatif kemasyarakatan bertemakan Dari Mualaf kepada Mualaf dengan tujuan untuk memberikan sokongan dan meningkatkan kesejahteraan masyarakat mualaf di negara ini melalui interaksi dan bantuan secara langsung.

    Di samping itu, ia juga bertujuan mengeratkan silaturahim dengan para mualaf dan berkongsi pengajaran dan pengalaman bersama PDI tentang pendekatan dakwah yang diguna pakai semasa melaksanakan dakwah bukan Muslim di pedalaman serta mendedahkan peserta ikon mualaf dan ahli jawatankuasa Belia Mualaf As-Syahadah kepada amalan berbahagi dengan masyarakat melalui sumbangan Belia Mualaf Prihatin.

    Antara keluarga asnaf mualaf yang menerima sumbangan daripada Haji Abdul Rajid semasa majlis berkenaan. – GAMBAR SERAHAN PDI
    Antara aktiviti yang diadakan semasa program berkenaan. – GAMBAR SERAHAN PDI
    GAMBAR SERAHAN PDI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda