Monday, September 16, 2024
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Program Kenali ASEAN perluas pengetahuan asas pelajar SM RIPAS

    TUTONG, 6 SEPT – Kira-kira 200 pelajar Tahun 7 dan 8 Sekolah Menengah Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (SM RIPAS), Kampung Birau, Daerah Tutong, telah menyertai program Jerayawara Kenali ASEAN yang diadakan di sekolah berkenaan, baru-baru ini.

    Program anjuran Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri, menerusi Meja Hal Ehwal Antarabangsa, Unit Perhubungan Korporat, Bahagian Media dan Komunikasi Korporat, selaku Sekretariat bagi Jawatankuasa Kecil Penerangan (SCI) ASEAN-COCI itu bertujuan untuk memperluas pendedahan dan pengetahuan asas mengenai ASEAN kepada pelajar sekolah menengah di negara ini.

    Hadir pada program tersebut ialah Pengetua SM RIPAS, Hajah Adimah binti Haji Said, serta para tenaga pengajar.

    Program tersebut turut diisikan dengan sesi Taklimat Kenali ASEAN yang disampaikan oleh Ketua Meja Hal Ehwal Antarabangsa, Unit Perhubungan Korporat, Bahagian Media dan Komunikasi Korporat, Awang Eddy Iswandy bin Haji Ismail.

    Taklimat tersebut bertujuan menanamkan kesedaran mengenai peranan pelajar sebagai sebahagian daripada masyarakat ASEAN, selaras dengan moto ASEAN: Satu Visi, Satu Identiti, Satu Komuniti.

    Menerusi program berkenaan, para pelajar juga berpeluang menyertai Kuiz Kenali ASEAN bagi menguji kefahaman mereka.

    Selain itu, program itu dihasratkan dapat menyemai semangat patriotisme dan perpaduan (ASEAN-ness) dalam kalangan pelajar untuk memahami fungsi dan tujuan penubuhan ASEAN, di samping membantu memperkukuh hubungan antara Jabatan Penerangan dan masyarakat, terutamanya para pelajar yang bakal menjadi pewaris generasi akan datang.

    Hajah Adimah bergambar bersama warga Jabatan Penerangan, para tenaga pengajar dan para pelajar yang hadir pada program tersebut. – GAMBAR SERAHAN JABATAN PENERANGAN
    Para pelajar yang hadir pada program tersebut. – GAMBAR SERAHAN JABATAN PENERANGAN

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda