Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Projek kasut amal sasar golongan memerlukan di empat daerah

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 SEPT – Jabatan Belia dan Sukan Cawangan Daerah Tutong, dengan kerjasama Malam Minggu Pusat Belia (MMPB), buat julung kalinya menganjurkan program jangkauan masyarakat bertemakan Indahnya Berbagi Menuai Berkah melalui projek amal Donate Your Boots for Roots, baru-baru ini.

    Majlis pelancaran kotak derma projek tersebut telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Hajah Umi Kalthum binti Haji Abdul Karim, selaku tetamu kehormat.

    Projek Donate Your Boots for Roots bertujuan membantu golongan yang memerlukan dengan mengumpul kasut bola baharu atau terpakai daripada orang ramai, yang boleh didermakan di kotak-kotak derma yang disediakan di keempat-empat daerah.

    Inisiatif itu juga menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) negara, khususnya SDG 3: Kesihatan dan Kesejahteraan yang Baik, SDG 4: Pendidikan Berkualiti, dan SDG 13: Tindakan Terhadap Perubahan Iklim.

    Orang ramai yang ingin menyumbang boleh meletakkan kasut bola mereka di kotak-kotak derma yang terletak di Ruang Galeri sukan, Daerah Brunei dan Muara; Kompleks Sukan Tutong, Daerah Tutong; Kompleks Sukan Temburong, Daerah Temburong; dan Kompleks Sukan Mumong, Daerah Belait, bermula 31 Ogos hingga 15 November 2024.

    Acara pelancaran projek itu diselajurkan dengan penyerahan kotak-kotak derma kepada wakil setiap daerah dan penyampaian sijil penghargaan kepada rakan-rakan strategik yang telah menyumbang dalam menjayakan projek berkenaan.

    Hajah Umi Kalthum bergambar ramai semasa majlis tersebut. – GAMBAR SERAHAN MMPB
    Beberapa pasang kasut bola baharu dan terpakai yang didermakan oleh orang ramai semasa majlis tersebut. – GAMBAR SERAHAN MMPB
    GAMBAR SERAHAN MMPB

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda