Thursday, May 2, 2024
23.9 C
Brunei

    -

    Protes: Lebih 1,100 ditahan

    MOSCOW, 6 MAC – Lebih 1,100 orang di bandar-bandar di seluruh Rusia telah ditahan dalam protes hari ini terhadap operasi ketenteraan Moscow di Ukraine, kata seorang pemantau, lebih seminggu selepas serangan berkenaan bermula.

    OVD-Info, yang memantau penaha-nan dalam protes pembangkang, berkata bahawa pada sekitar 11:20 pagi waktu tempatan hari ini, sekitar 1,103 orang telah ditahan di 35 bandar. Jumlah tertinggi yang ditahan adalah di bandar Siberia Novosibirsk dan di Yekaterinburg di Ural.

    Polis rusuhan juga menahan penunjuk perasaan yang berkumpul di dataran di bandar terbesar di negara itu di Moscow dan Saint Petersburg.

    Memorial, kumpulan hak asasi Rusia yang paling terkemuka, berkata bahawa salah seorang aktivis terkemukanya, Oleg Orlov, telah ditahan di dataran Manezhnaya Ploshchad di Moscow sambil memegang sepanduk.

    Polis Rusia pada Jumaat telah memberi amaran bahawa semua percubaan untuk mengadakan demonstrasi haram pada hari ini akan “ditahan serta-merta” dan penganjur serta peserta akan menghadapi pertuduhan.

    Penahanan terbaharu itu menjadikan jumlah penunjuk perasaan yang ditahan hampir 10,000 sejak 24 Februari, apabila Presiden Vladimir Putin mengarahkan tentera ke Ukraine untuk melakukan ‘operasi khas’. – AFP

    Lebih 1,100 orang di bandar-bandar di seluruh Rusia telah ditahan dalam aktiviti protes terhadap operasi ketenteraan Moscow di Ukraine. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bangladesh catat suhu paling panas bulan April

    DHAKA, 1 MEI - Biro cuaca Bangladesh berkata hari ini bahawa bulan lalu merupakan bulan paling panas dalam rekod, dengan negara Asia Selatan dan...