Wednesday, May 22, 2024
24.2 C
Brunei

    -

    LUFC tundukkan YFC dalam perlawanan persahabatan

    OLEH DANIEL LIM

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 APRIL – Pasukan Youngsters FC (YFC) Brunei Darussalam dan Likas United FC Sabah (LUFC) baru-baru ini telah mengadakan perlawanan persahabatan bola sepak veteran di Padang Likas Kota Kinabalu, Sabah.

    Perlawanan tersebut menyaksikan kedua-dua pasukan bersaing pada tahap terbaik, di mana LUFC berjaya menewaskan YFC dengan keputusan akhir 4-3.

    Kontinjen YFC diketuai oleh pengasas mereka, Dr Haji Kamaruddin bin Dato Seri Paduka Haji Talib, bersama 14 pemain mereka dialu-alukan ke venue oleh Presiden LUFC, Datuk Mohd Zulfikar bin Datuk Ahmad.

    Kedua-dua pasukan YFC dan LUFC bergambar ramai pada perlawanan tersebut. – GAMBAR SERAHAN YFC

    Perlawanan persahabatan itu merupakan salah satu aktiviti tahunan kelab untuk membantu menyediakan saluran untuk mengekalkan gaya hidup sihat melalui acara sukan bola sepak, serta mengeratkan hubungan antara pemain dan kelab dan persatuan bola sepak.

    Sebagai penghargaan bagi perlawanan tersebut, kedua-dua wakil pasukan Dr Haji Kamaruddin dan Datuk Mohd Zulfikar sempat bertukar-tukar cenderamata pada penghujung perlawanan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Australia dan New Zealand hantar pesawat, keluarkan warga dari New Caledonia

    SYDNEY, 21 MEI - Kerajaan Australia dan New Zealand mengumumkan pada hari ini bahawa mereka menghantar pesawat untuk memindahkan rakyat mereka dari New Caledonia...