Wednesday, September 18, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Raptai penuh Majlis sambutan Maulud berjalan lancar

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 SEPT- Tidak lama lagi umat Islam di seluruh dunia akan menyambut Maulud Nabi Muhammad SAW bagi tahun 1446 Hijrah.

    Sehubungan itu, di Negara Brunei Darussalam perhimpunan dan perarakan Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad SAW Peringkat Negara Tahun 1446 Hijrah akan diadakan secara serentak di keempat-empat daerah dengan tumpuan utama di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan, pada Isnin, 12 Rabiulawal 1446 bersamaan 16 September, pukul 7 pagi.

    Sementara itu, bagi memastikan kelancaran sambutan, latihan penuh bagi Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad SAW peringkat negara telah diadakan di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien, hari ini.

    Hadir menyaksikan latihan ialah Yang Amat Mulia Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji Idris bin Pengiran Maharaja Lela Pengiran Muda Abdul Kahar, Yang DiPertua Adat Istiadat Negara selaku Penasihat Bersama Jawatankuasa Tertinggi Majlis Sambutan Hari-Hari Kebesaran Islam Peringkat Negara dan Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Kebangsaan Tahun 1446 Hijrah; Menteri Hal Ehwal Agama selaku Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Majlis Sambutan Hari-Hari Kebesaran Islam Peringkat Negara dan Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Kebangsaan Tahun 1446 Hijrah; Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman; Menteri Kesihatan selaku Pemangku Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar; Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned; Timbalan Menteri (Urustadbir Perkhidmatan Awam) di Jabatan Perdana Menteri, Dato Seri Paduka Awang Mohd Riza bin Dato Paduka Haji Mohd Yunos; dan Timbalan Menteri Hal Ehwal Agama, Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan.

    Turut hadir ialah setiausaha-setiausaha tetap, timbalan-timbalan setiausaha tetap dari pengendali-pengendali bersama serta ahli-ahli jawatankuasa tertinggi yang lain.

    Majlis berkenaan dikendalikan bersama oleh Kementerian Hal Ehwal Ugama, Kementerian Pendidikan, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, serta Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah dengan tema Memelihara Akal Berpandukan Sunnah Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam.

    Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin hadir menyertai raptai berkenaan.
    Yang Amat Mulia Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji Idris, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr Ustaz Haji Awang Abdul Aziz dan Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim semasa menghadiri raptai berkenaan.
    Atas & Bawah: Antara yang hadir menjalani raptai berkenaan.GAMBAR-GAMBAR OLEH RAFI ROSLI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda