Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rasuah: Timbalan menteri tenaga Ukraine ditahan

    KYIV, 12 OGOS – Seorang timbalan menteri tenaga Ukraine yang dituduh mengambil rasuah bernilai setengah juta dolar telah ditahan bersama tiga orang yang didakwa sebagai rakan subahat, menurut Perkhidmatan Keselamatan Ukraine (SBU) hari ini.

    Menteri itu, yang tidak dinamakan oleh SBU, didakwa meminta pegawai industri perlombongan membayarnya untuk memindahkan peralatan dari lombong di kawasan hadapan timur wilayah Donetsk ke lembangan arang batu di barat Ukraine.

    “Peralatan yang dimaksudkan adalah unik dan terhad, yang menjadi milik salah satu syarikat arang batu milik kerajaan yang terletak di kawasan paling aktif di barisan hadapan timur Pokrovsk,” kata SBU dalam satu kenyataan.

    “Pada musim bunga 2024, wakil industri menghubungi timbalan menteri tenaga untuk mendapatkan kebenaran bagi memindahkan peralatan dari zon perang dan menggunakannya di lombong di wilayah barat,” tambahnya.

    “Namun, pegawai itu, yang tugasnya termasuk memelihara peralatan perlombongan, meminta wang sebagai syarat untuk mengalihkannya,” katanya.

    Menteri itu menerima bayaran dengan bantuan tiga rakan subahat, kesemuanya ditangkap ‘secara terang-terangan’ selepas menteri menerima sebahagian daripada rasuah itu, menurut kenyataan tersebut. – AFP

    Gambar Generic
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda