Sunday, May 5, 2024
29.6 C
Brunei

    -

    Ratusan singa laut mati akibat selesema burung di Peru

    LIMA, 8 FEB – Peru berkata hari ini bahawa sebanyak 585 singa laut dan 55,000 burung liar telah mati akibat virus selesema burung H5N1 dalam beberapa minggu kebelakangan ini, laporan terbaharu mengenai kesan penyakit itu.

    Susulan penemuan 55,000 burung mati di lapan kawasan pantai yang dilindungi, renjer mendapati selesema burung yang membunuh haiwan itu juga telah membunuh 585 ekor singa laut di tujuh kawasan marin yang dilindungi, kata agensi perlindungan kawasan semula jadi Sernanp.

    Burung yang mati termasuk burung undan, pelbagai jenis burung camar, dan penguin, menurut Sernanp dalam satu kenyataan.

    Ujian makmal juga mengesahkan kehadiran H5N1 yang menyebabkan singa laut mati, mendorong pihak berkuasa untuk mengumumkan ‘protokol kewaspadaan biologi’.

    Bagi pihaknya, Perkhidmatan Hutan dan Hidupan Liar Negara (SERFOR) Peru menggesa orang ramai dan haiwan peliharaan mereka untuk mengelakkan sentuhan dengan singa laut dan burung laut di pantai.

    Burung undan antara beribu-ribu burung liar yang ditemui mati di Peru. – AFP

    Pada bulan Disember, pihak berkuasa Peru membunuh 37,000 burung di ladang ayam disebabkan selesema burung, berikutan wabak sebelumnya yang menjejaskan hidupan liar.

    Membunuh burung yang dijangkiti merupakan sebahagian daripada protokol biasa untuk mengawal wabak influenza burung.

    Pada November, negara itu mengisytiharkan amaran kesihatan selama 180 hari selepas mendapati tiga kes H5N1 berjangkit dalam burung undan.

    Menurut agensi kesihatan pertanian SENASA, penyakit itu disebarkan oleh burung yang berhijrah dari Amerika Utara.

    Sejak akhir 2021 Eropah telah dicengkam oleh wabak selesema burung yang paling teruk, manakala Amerika Utara dan Selatan turut mengalami wabak yang sama. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...