Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    RB buka penerbangan ke Chennai mulai 5 November

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 OGOS – Syarikat Penerbangan Diraja Brunei (RB) akan memulakan penerbangan ke Chennai, India pada 5 November nanti sebagai sebahagian daripada perkembangan rangkaiannya.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh RB, di sini, Chennai merupakan sebuah bandar raya di India yang dikenali dengan kekayaan warisan budayanya, pemandangan seni yang meriah serta hidangan masakan India Selatan yang lazat.

    Penerbangan itu nanti dijadualkan untuk berlepas dari Brunei ke Chennai sebanyak tiga kali seminggu iaitu pada setiap Selasa, Khamis dan Sabtu.

    Penerbangan berkenaan akan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei (BWN) dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Chennai (MAA).

    Penerbangan tersebut boleh mula ditempah hari ini melalui laman sesawang, www.flyRB.com atau ejen-ejen pelancongan pilihan pengguna.

    Gambar Freepik

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda