Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Real Madrid juara Piala Super UEFA

    WARSAW, 15 OGOS – Kylian Mbappe menikmati malam yang hebat ketika dia menjaringkan gol pada penampilan sulungnya di Real Madrid untuk membantu pasukan baharunya meraih gelaran Piala Super UEFA keenam dengan kemenangan 2-0 ke atas Atalanta di Warsaw kelmarin.

    Penyerang bintang Perancis itu telah menunggu selama bertahun-tahun untuk bermain dengan kelab impiannya dan selepas akhirnya menandatangani kontrak dengan Los Blancos pada musim panas ini apabila kontraknya tamat dengan Paris Saint-Germain, dia meraikan penampilan pertamanya dengan satu gol.

    Fede Valverde memecahkan kebuntuan dari jarak dekat untuk juara Liga Juara-Juara itu pada minit ke-59 selepas pemenang Liga Europa dari Itali itu bertahan dengan baik pada separuh masa pertama.

    Madrid mula mencipta lebih banyak peluang dan Mbappe menjaringkan gol pada minit ke-68 selepas Jude Bellingham melihat lariannya ke ruang kosong dalam kotak penalti untuk memastikan kemenangan.

    “Ia merupakan malam yang hebat, saya telah lama menunggu saat ini, untuk bermain dengan jersi ini, dengan lencana ini, untuk peminat ini,” kata Mbappe kepada Movistar, bercakap dalam bahasa Sepanyol yang lancar.

    Kejayaan Madrid memastikan jurulatih Carlo Ancelotti menyamai bekas jurulatih Los Blancos, Miguel Munoz dengan rekod bersama 14 gelaran yang dimenangi ketika memimpin kelab itu.

    Tugas pertama jurulatih dari Itali itu musim ini adalah merancang sistem yang dapat memanfaatkan sepenuhnya barisan bintang penyerangnya.

    Mbappe memulakan permainan di bahagian tengah barisan hadapan Madrid, diapit oleh Vinicius Junior di sebelah kiri dan Rodrygo Goes di sebelah kanan, memberikan gambaran pertama bagaimana dia mungkin sesuai dalam perancangan Ancelotti musim ini.

    Hasilnya pemain antarabangsa England, Bellingham bermain sebagai sebahagian daripada trio bahagian tengah dan berada di posisi menyerang yang dia mulakan musim lalu dengan kesan jaringan gol yang sangat dahsyat. – AFP

    Pemain dan kakitangan Real Madrid meraikan kejayaan selepas menjuarai kejohanan bola sepak Piala Super UEFA di Warsaw pada 14 Ogos. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda