Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Real Madrid, Las Palmas terikat seri

    MADRID, 30 OGOS – Kylian Mbappe gagal menjaringkan gol dan juara bertahan Real Madrid terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri 1-1 di Las Palmas dalam liga Sepanyol kelmarin.

    Mbappe, yang merupakan satu pembelian terbesar Madrid dalam beberapa tahun kebelakangan ini, masih belum menjaringkan gol dalam liga musim ini.

    Satu-satunya golnya bersama Madrid adalah dalam kemenangan Piala Super UEFA menentang Atalanta awal bulan ini.

    Vinicius Junior yang telah menjaringkan gol untuk Madrid, yang menewaskan Valladolid 3-0 pada pusingan sebelumnya tetapi memulakan usaha mempertahankan gelaran mereka dengan keputusan seri 1-1 di Mallorca.

    “Keadaan telah menjadi sukar bagi kami untuk kembali kuat seperti musim lalu,” kata jurulatih Madrid, Carlo Ancelotti. “Kami perlu mencari penyelesai-an dengan cepat, dan saya fikir kami akan menemuinya. Ia lebih sukar daripada yang dijangkakan. Tiga perlawanan pertama ini menunjukkan banyak perkara yang tidak berjalan dengan lancar.”

    Vinicius menjaringkan gol pertamanya dalam liga musim ini dengan menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-69 selepas bola terkena tangan di dalam kawasan penalti.

    Pasukan tuan rumah telah mendahului lima minit selepas perlawanan bermula apabila Alberto Moleiro berjaya melepasi beberapa pemain pertahanan sebelum menjaringkan gol dari dalam kawasan penalti.

    Penyerang muda Brazil, Endrick, yang menjaringkan gol ketika menentang Valladolid dalam penampilan sulungnya, turun dari bangku simpanan pada minit ke-86 untuk menggantikan Vinicius Junior. Las Palmas masih belum mencatatkan kemenangan musim ini, selepas seri menentang Sevilla dan tewas di Leganes.

    Barcelona pada Selasa menjadi satu-satunya pasukan dengan tiga kemenangan dalam tiga pusingan pertama selepas kemenangan 2-1 di Rayo Vallecano. – AP

    Reaksi Vinicius Junior semasa perlawanan bola sepak La Liga Sepanyol di Las Palmas, Kepulauan Canary Sepanyol pada 29 Ogos. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda