Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Remaja 12 tahun bunuh sepupu hanya kerana iPhone

    HUMBOLDT, TENNESSEE, 21 JULAI – Seorang remaja perempuan berusia 12 tahun di Tennessee telah didakwa atas tuduhan membunuh, dituduh melemaskan sepupunya yang berusia lapan tahun ketika kanak-kanak perempuan itu tidur. Seorang saudara berkata mereka telah bertengkar mengenai iPhone.

    Kamera keselamatan merakam pembunuhan itu, dalam bilik tidur yang dikongsi mereka pada 15 Julai di Humboldt, Tennessee, kata pendakwa raya daerah.

    Rakaman itu menunjukkan remaja itu menggunakan peralatan tempat tidur untuk melemaskan sepupunya ketika mangsa tidur di tingkat atas katil, kata Peguam Daerah Gibson Frederick Agee.

    Selepas kanak-kanak itu meninggal dunia, ‘juvenil itu membersihkan mangsa dan mengatur semula kedudukan badannya,’ kata Agee.

    Seorang saudara memberitahu WREG-TV di Memphis bahawa kedua-duanya telah bertengkar mengenai iPhone selepas mereka datang dari luar bandar untuk tinggal bersama nenek mereka.

    Telefon iPhone dipaparkan semasa acara di Cupertino, California, pada 10 September 2019. Seorang gadis berusia 12 tahun di Tennessee telah didakwa atas tuduhan membunuh, dituduh melemaskan sepupunya yang berusia lapan tahun pada 15 Julai lalu. – AP

    Remaja itu didakwa melakukan pembunuhan tahap pertama dan mengubah bukti selepas pihak berkuasa memperoleh video itu pada Rabu.

    “Saya menganggap ini sebagai salah satu tindakan ganas paling membimbangkan yang dilakukan oleh juvenil yang telah didakwa oleh pejabat saya,” tulis Agee dalam kenyataan.

    Katanya, dia akan membuat petisyen kepada hakim untuk mendakwa remaja itu, yang berusia 13 tahun akhir bulan ini, di mahkamah dewasa, yang akan membenarkan “hukuman yang lebih panjang, sama ada melalui pemenjaraan atau pengawasan dengan syarat-syarat yang diperintahkan mahkamah.” – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda