Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Remaja Eropah berisiko terdedah STI – WHO

    COPENHAGEN, 29 OGOS – Penggunaan kondom dalam kalangan remaja yang aktif secara seksual telah menurun dengan ketara di Eropah sejak 10 tahun lalu, dengan kadar seks tanpa perlindungan yang ‘sangat tinggi’, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) hari ini.

    “Ini meletakkan golongan muda kepada risiko yang signifikan terhadap jangkitan penyakit kelamin (STI) dan kehamilan tidak dirancang,” kata WHO Eropah dalam satu kenyataan.

    Data daripada tinjauan ke atas lebih 242,000 remaja berumur 15 tahun di 42 daripada 53 negara yang membentuk rantau Eropah WHO, termasuk Asia Tengah, menunjukkan bahawa peratusan remaja lelaki yang aktif secara seksual yang menggunakan kondom pada kali terakhir mereka melakukan hubungan seks menurun daripada 70 peratus pada 2014 kepada 61 peratus pada 2022. – AFP

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda