Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Remaja Nepal hampir tawan semua 14 gunung tertinggi

    KATHMANDU, 21 OGOS – Pada usia hanya 18 tahun, pendaki gunung Nepal, Nima Rinji Sherpa hampir mencatat pencapaian yang luar biasa.

    Dengan 13 daripada puncak tertinggi dunia sudah pun ditawannya, dia kini kekurangan satu lagi puncak untuk menjadi orang termuda yang menakluki kesemua 14 gunung yang melebihi 8,000 meter.

    Sherpa, yang sudah memiliki beberapa rekod daripada pendakian puluhan gunung, berkata bahawa dia dalam misi untuk ‘memberi inspirasi kepada generasi baharu dan mentakrifkan semula pendakian gunung.’

    Cabaran terakhir, Shishapangma di Tibet, menantinya bulan depan – jika China mengeluarkan permit. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda