Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Riadah berbasikal pupuk gaya hidup sihat

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 JULAI – Bagi menggalakkan gaya hidup sihat sebagai satu amalan kehidupan yang membawa kesan positif terhadap individu, keluarga dan masyarakat, Kumpulan Kembara Basikal Lipat baru-baru ini telah mengadakan aktiviti riadah berbasikal ke Kampung Menunggol.

    Aktiviti yang diadakan meliputi jalan darat sejauh kira-kira 28 kilometer bermula dari Bandar Seri Begawan ke Kampung Menunggol dan kemudian berpatah balik ke Bandar Seri Begawan.

    Aktiviti tersebut antara lain adalah bertujuan untuk menggalakkan amalan gaya hidup sihat melalui sukan berbasikal kepada semua peserta dan sekali gus untuk mengenali lebih dekat lagi kampung-kampung yang terdapat di negara ini.

    Kumpulan tersebut akan terus mengadakan aktiviti-aktiviti riadah berbasikal setiap hujung minggu dan mengalu-alukan penggemar sukan berbasikal di negara ini untuk melibatkan diri.

    ATAS & BAWAH : Ahli Kumpulan Kembara Basikal Lipat bergambar ramai semasa acara tersebut. – GAMBAR SERAHAN KUMPULAN KEMBARA BASIKAL LIPAT
    GAMBAR SERAHAN KUMPULAN KEMBARA BASIKAL LIPAT

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda