Friday, May 3, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Ronaldo mahu jadi pemain paling banyak beraksi

    LISBON, 23 MAC – Cristiano Ronaldo hari ini tidak merahsiakan hasratnya untuk mencipta satu lagi rekod dunia untuk jumlah penampilan antarabangsanya, sehari sebelum Portugal menentang Liechtenstein dalam kelayakan Euro 2024.

    Pemain berusia 38 tahun itu dinamakan dalam skuad pertama jurulatih Portugal baharu, Roberto Martinez walaupun digugurkan daripada keebelasan utama untuk perlawanan akhir Piala Dunia Portugal di Qatar.

    Ronaldo sudah pun memegang rekod dunia untuk gol antarabangsa lelaki, dengan 118 gol dan rekod lelaki Eropah sebanyak 196 penampilan.

    Ia jumlah yang menyamai tonggak pemain dunia Bader Al-Mutawa dari Kuwait.

    “Rekod merupakan motivasi saya,” kata Ronaldo kepada pemberita.

    “Saya mahu menjadi pemain paling banyak dipilih dalam sejarah. Itu akan membuatkan saya bangga.

    “Tetapi ia tidak berakhir di situ, saya masih mahu dipanggil dengan kerap,” jelasnya.

    Kerjaya antarabangsa Ronaldo bermula pada Ogos 2003 dalam perlawanan persahabatan menentang Kazakhstan dan dia telah mewakili Portugal dalam setiap pertandingan antarabangsa sejak Euro 2004.

    Selepas perlawanan Liechtenstein, Portugal akan menentang Luxemburg pada Ahad. – AFP

    Cristiano Ronaldo melakukan regangan semasa sesi latihan pasukan bola sepak Portugal di Oeiras, di luar Lisbon. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Parlimen Korea S luluskan siasatan baharu insiden kematian Marin

    SEOUL, 2 MEI - Parlimen Korea Selatan hari ini meluluskan rang undang-undang untuk mengadakan siasatan baharu ke atas kematian orang ramai semasa Halloween 2022...