Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sabah siasat dakwaan tanah hutan simpan diiklankan untuk dijual

    KOTA KINABALU, 29 JULAI – Kerajaan Sabah akan menyiasat dakwaan terdapat kawasan hutan hujan di negeri itu diiklankan untuk dijual di laman sosial.

    Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata pada masa ini pihaknya belum mendapat maklumat lanjut berhubung perkara itu.

    Sehubungan itu, beliau menggesa orang ramai khususnya rakyat Sabah supaya tidak mudah terpengaruh mahupun terlalu percaya dengan sebarang maklumat disebarkan menerusi media sosial tanpa penjelasan daripada agensi atau jabatan kerajaan berkaitan.

    “Dalam pautan media sosial ini banyak yang temberang dan juga buat fitnah. Saya harap orang ramai jangan terlampau percaya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pengiktirafan Kecemerlangan Akademik Ke-12 Jabatan Pendidikan Sabah 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah di sini, hari ini.

    Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai satu pautan tular dimuat naik dalam sebuah platform media sosial Jumaat lepas, yang mendakwa terdapat senarai tanah di kawasan hutan hujan seluas 80,000 hektar membabitkan Sabah dan Sarawak diiklankan untuk dijual di laman sesawang jual beli.

    Pautan itu dimuat naik oleh sebuah badan mendakwa sebagai pemerhati bebas serantau yang menjalankan penyelidikan serta analisis mengenai isu berkaitan iklim. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda