Friday, September 13, 2024
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sarawak pamer kesediaan anjur Sukan SEA 2027

    KUCHING, 25 OGOS – Kejayaan tuan rumah menganjurkan Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 yang mendapat pujian sebagai antara terbaik dalam sejarah temasya itu sejak 38 tahun lepas, membuktikan Sarawak layak menjadi penganjur kejohanan bertaraf antarabangsa.

    Justeru, bukan sesuatu yang mengejutkan apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa kerajaan Persekutuan bersetuju Sarawak sebagai penganjur bersama Sukan SEA 2027.

    Penganjuran SUKMA 2024 yang berjalan lancar tanpa insiden besar serta upacara perasmian dan penutupan yang gilang gemilang turut menunjukkan kemampuan Bumi Kenyalang untuk menjayakan temasya sukan terbesar di Asia Tenggara itu dalam tempoh tiga tahun akan datang.

    Ketua Pegawai Eksekutif SUKMA 2024, Datuk Hii Chang Kee berkata temasya SUKMA menjadi platform terbaik bagi kesemua 25 jawatankuasa terlibat untuk mendapatkan kepakaran dan pengalaman bagi penganjuran acara lebih besar pada masa hadapan termasuk Sukan SEA.

    “Kami gembira dan berpuas hati dengan penganjuran keseluruhan SUKMA. Segalanya berjalan lancar sejak hari pertama walaupun terdapat beberapa masalah dari segi penginapan, makanan dan pengangkutan tetapi kami berjaya menyelesaikannya.

    SUKMA, kali pertama dianjurkan pada 1986 di Kuala Lumpur dan ini kali ketiga Sarawak menjadi tuan rumah selepas edisi 1990 dan 2016.

    Sarawak berjaya mencipta beberapa sejarah baharu kerana SUKMA kali ini merupakan edisi paling banyak pingat ditawarkan, iaitu 488 emas dalam 37 jenis sukan melibatkan venue pertandingan di sembilan bahagian. – Bernama

    Suasana pada Majlis Penutup Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 di Stadium Perpaduan Petra Jaya, pada 24 Ogos. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda