Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Selangor, JDT miliki kualiti pemain tersendiri – Muhammad Safwan

    KUALA LUMPUR, 23 OGOS – Kepten pasukan Selangor FC, Muhammad Safuwan Baharudin menyifatkan pasukannya dan Johor Darul Ta’zim mempunyai kualiti pemain tersendiri yang mampu memberikan saingan sengit pada aksi final Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil malam esok.

    Muhammad Safuwan tekad untuk memimpin pasukannya memburu piala itu dalam penampilan ketiganya di pentas final Piala FA memandangkan sebelum ini beliau pernah memenangi piala berkenaan sebagai pemain Pahang pada 2018 dan LionsXII pada 2015.

    Muhammad Safwan berkata pasukannya kini berada di landasan terbaik selain mempunyai motivasi positif dalam misi mengejar impian menjulang trofi Piala FA malam esok.

    “Motivasi untuk ke final, bila saya keluar daripada Selangor dan kembali semula ke Selangor, impian saya ialah untuk bawa pasukan ini ke final dan ini merupakan pencapaian terbaik bagi saya terutama sebagai ketua pasukan.

    “Kami semua gembira untuk berada di sini, macam jurulatih kata, perlawanan akan jadi 50-50, tetapi tiada siapa datang ke sini untuk kalah, kita ada sasaran sendiri,” katanya kepada pemberita pada sidang media pra-perlawanan final Piala FA 2024 di Stadium Nasional Bukit Jalil hari ini. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda