Wednesday, September 18, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Selena Gomez akur tidak boleh hamil

    Sedia untuk bergelar ibu, penyanyi dan pelakon Selena Gomez bagaimanapun memberitahu dia tidak boleh hamil atau melahirkan anak kerana berdepan masalah kesihatan.

    Susulan itu, dia terbuka untuk mencuba kaedah ibu tumpang atau mengambil anak angkat dalam merancang hidup berkeluarga.

    “Malangnya saya tidak boleh hamil anak sendiri. Saya ada banyak masalah kesihatan yang boleh menjejaskan diri atau kandungan. Itu perkara yang membuatkan saya sedih.

    “Saya bersyukur ada yang sanggup jadi ibu tumpang atau anak angkat. Itu kemungkinan yang akan saya lakukan,” katanya.

    Sama seperti wanita lain, bergelar ibu adalah salah satu impian Selena sebagai pelengkap kehidupan pada masa akan datang.

    Penyanyi itu juga akan memastikan dirinya menjadi ibu terbaik dan memberi kasih sayang sepenuhnya kepada anak yang akan jadi miliknya nanti.

    “Saya teruja untuk melalui perjalanan hidup ke arah itu, namun jalan saya berbeza.

    “Walau apa pun anak itu akan jadi milik saya,” ujarnya, memetik laporan mStar.

    Selena sebelum ini mendedahkan menghidap penyakit lupus yang memberi kesan kepada organ hati, buah pinggang dan bahagian sendi. – Agensi

    Selena mula rancang bina keluarga. – httpswww.nbcnews.com
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda