Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sembah kesyukuran, khatam Al-Quran di masjid Mentiri

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 OGOS – Jemaah tadarus subuh masjid Kampung Mentiri mengadakan Majlis Khatam Al-Quran, baru-baru ini, sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-78.

    Majlis yang diadakan di masjid berkenaan itu dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai yang dipimpin oleh Pemangku Ketua Kampung Mentiri, Awang Bujang bin Sabtu.

    Manakala bacaan khatam Al-Quran bermula dari Surah Ad-Duha sehingga Surah An-Nas telah dikepalai oleh Imam Masjid Kampung Mentiri, Haji Sanif bin Haji Nasar yang juga membaca Doa Khatam dan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.

    Majlis seumpama itu merupakan sembah kesyukuran sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia di samping bagi mengimarahkan masjid berkenaan.

    Jemaah tadarus subuh masjid Kampung Mentiri bergambar ramai. – GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda