Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sembur Senat dengan cat, aktivis Itali dihukum penjara

    ROM, 6 MAC – Seorang hakim Itali hari ini menjatuhkan hukuman digantung lapan bulan penjara kepada tiga aktivis alam sekitar kerana menyembur Senat dengan cat yang boleh dibasuh tahun lepas, kata kumpulan itu.

    Ketiga-tiga aktivis dari kumpulan ‘Last Generation’, yang semuanya berusia 20an, telah didakwa dengan kerosakan harta-benda dan berisiko dipenjara sehingga lima tahun.

    Kumpulan itu dalam satu kenyataan berkata hukuman digantung tersebut adalah tertakluk kepada pembayaran ganti rugi sebanyak 60,000 euro.

    Defendan adalah antara lima orang yang pada Januari 2023 menggunakan alat pemadam api untuk menyembur dewan Senat parlimen Itali di Rom dengan cat berwana jingga yang boleh dicuci.

    “Apa pun yang berlaku, kami akan teruskan,” beritahu defendan, Davide Nensi kepada wartawan di mahkamah sebelum hukuman itu.

    “Niatnya bukan untuk merosakkan bangunan tetapi untuk menarik perhatian kepada tanggungjawab parlimen untuk menggubal undang-undang mengenai alam sekitar untuk semua rakyat,” katanya.

    Last Generation, yang berkata ia akan merayu keputusan itu, mahu Itali melabur lebih banyak dalam tenaga boleh diperbaharui dan mengurangkan pelepasan karbon.

    Tindakan itu, yang disifatkan sebagai ‘isyarat keterlaluan’ oleh Perdana Menteri, Giorgia Meloni, mendorong undang-undang baharu yang diluluskan parlimen pada Januari tahun ini meningkatkan hukuman bagi mereka yang merosakkan monumen dan tapak budaya. – AFP

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda