Sunday, May 5, 2024
22.5 C
Brunei

    -

    Semporna mula terima pelancong China

    SEMPORNA, 9 MAC – Semporna yang terkenal dengan keindahan pulau, laut biru serta keunikan khazanah marin terus menjadi destinasi pilihan pelancong dari China selepas kerajaan republik itu membuka semula sempadan negaranya setelah tiga tahun ditutup akibat pandemik COVID-19.

    Pengarah Borneo Divers, Datuk Abdul Hajan Gurimbang berkata kemasukan pelancong antarabangsa ke Semporna meningkat dengan jangkaan kemasukan 2,000 pelancong China setiap hari selepas ini.

    “Pelancong China mula ke Semporna, seperti Pulau Sipadan, Bohey Dulang, Pulau Mabul dan lain-lain, kami menerima 150 pelancong pertama (semalam) dari China selepas COVID-19 dan ini akan berterusan.

    “Kemasukan pelancong antarabangsa ini akan meningkatkan lagi ekonomi tempatan termasuk memberi peluang kepada anak-anak Semporna khususnya pemain industri pelancongan, pemilik bot, penyelam selain membuka peluang pekerjaan,” katanya kepada Bernama.

    Dalam pada itu menurutnya, tempahan di Borneo Divers Mabul Resort juga penuh sehingga hujung tahun ini dengan menerima tempahan 200 pelancong China setiap hari. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...