Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Semua berita adalah sampah! – Britney Spears

    Penyanyi Amerika yang popular dengan gelaran Princess of Pop, Britney Spears membuat kenyataan kepada umum bahawa dia tidak akan kembali lagi ke industri muzik.

    Dalam hantaran yang dimuat naik di laman Instagram itu, Britney membidas kenyataan beberapa media Amerika Syarikat yang membuat spekulasi bahawa dia sedang dalam proses menyiapkan album ke-10nya.

    “Sebagai penjelasan, semua berita adalah sampah. Mereka terus menyatakan yang saya mendekati beberapa orang untuk menerbitkan album baharu. Saya tidak akan kembali ke industri muzik,” kongsinya menegaskan isu tersebut.

    Walaupun mengambil keputusan untuk tidak kembali ke industri muzik dengan album baharu, ibu kepada dua cahaya mata itu akan terus berkhidmat sebagai penulis lagu dan dia sudah pun memberikan 20 karyanya kepada beberapa pihak.

    “Bila saya menulis, saya menulis untuk menggembirakan hati atau saya menulis untuk orang lain. Bila menulis saya menulis dengan nama lain agar tidak dikenali dan sejujurnya saya suka perkara ini,” tambahnya lagi memetik laporan Media Hiburan.

    Selain itu Britney turut menyentuh isu mengenai buku autobiografinya yang dilancarkan tahun lalu.

    “Ada pihak yang menyatakan bahawa buku saya diterbitkan tanpa kebenaran saya secara sah. Perkara itu tidak benar,” ujarnya. – Agensi

    Britney sudah menyerahkan 20 karyanya kepada beberapa pihak. – thenews.com.pk
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda