Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sidang kongsi kepentingan biodiversiti

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 JUN – Dengan membawa tema, Biodiversity: Nature’s Blueprint for Sustainability, Persidangan Biodiversiti Negara Brunei Darussalam membuka tirai di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, hari ini.

    Persidangan selama tiga hari bermula hari ini hingga 13 Jun itu dianjurkan oleh Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP) melalui Jabatan Perhutanan dan Universiti Brunei Darussalam (UBD) bersempena dengan Pameran dan Persidangan Pertengahan Tahun Brunei 2024 (Brunei MYCE 2024).

    Hadir selaku tetamu kehormat dan menyempurnakan perasmian persidangan berkenaan ialah Menteri Sumber-sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin.

    Turut hadir pada majlis berkenaan ialah ketua-ketua perwakilan asing di Negara Brunei Darussalam: setiausaha-setiausaha tetap dari KSSUP, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Kementerian Pembangunan, Naib Canselor Universiti Teknologi Brunei, Pemangku Naib Canselor UBD, timbalan-timbalan setiausaha tetap KSSUP, pegawai-pegawai kanan kerajaan, pakar-pakar dan pembentang-pembentang jemputan dari dalam dan luar negara, wakil-wakil sektor swasta yang berkepentingan dan juga peserta-peserta persidangan.

    Majlis berkenaan turut menyaksikan Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Abdul Manaf menyempurnakan pelancaran dua buah buku iaitu Mangroves of Brunei Darussalam Flora and Fauna serta Belalong: Under the Canopy.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Abdul Manaf semasa menyempurnakan perasmian dua buah buku tersebut. – GAMBAR OLEH SIM Y.H.
    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Abdul Manaf bergambar ramai bersama jemputan khas dan para pembentang kertas kerja bagi persidangan berkenaan. – GAMBAR OLEH SIM Y.H.
    GAMBAR OLEH SIM Y.H.
    GAMBAR OLEH SIM Y.H.

    Buku Mangroves of Brunei Darussalam Flora and Fauna diterbitkan oleh Jabatan Perhutanan, KSSUP di mana ia mengetengahkan kekayaan biodiversiti negara dengan memberikan penerangan terperinci mengenai keunikan flora dan fauna ekosistem hutan hujan dan hutan bakau.

    Manakala buku Belalong: Under the Canopy, yang diterbitkan bersama oleh UBD dan Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri, sempena meraikan ulang tahun ke-30 Projek Brunei Rainforest dan penubuhan KBFSC serta menawarkan pandangan sepintas lalu dalam habitat dan biodiversiti unik hutan hujan tropika berkenaan.

    Majlis diteruskan dengan pembentangan utama pertama bertajuk, Fostering a Green, Connected and Biodiverse ASEAN for a Sustainable Future oleh Presiden Institut Penyelidikan Ekonomi untuk ASEAN dan Asia Timur (ERIA), Profesor Watanabe Tetsuya di mana beliau menekankan pentingnya Rangka Kerja Ekonomi Digital ASEAN (DEFA) sebagai sebuah komponen kritikal strategi pembangunan mampan.

    Dengan memanfaatkan teknologi digital, ASEAN mampu memacu pertumbuhan inklusif dan mampan seperti teknologi blockchain yang menawarkan platform telus untuk mengesahkan kredit karbon serta memastikan akauntabiliti dalam pasaran karbon.

    Manakala itu, dalam pembentangan utama kedua bertajuk, Harnessing Tech for Brunei’s Peatland Preservation yang dibentangkan secara maya oleh Presiden Kehormat Climate Change and Sustainability Work Group Leader di ASEAN Federation of Land Surveying and Geomatics (ASEAN FLAG), Gerry Ong bersama Ketua Biodiversiti dan Karbon, Arkadiah Technology Pte Ltd, Singapura, Dr Deepthi Chimala mengongsi hasil dapatan daripada projek yang dikendalikan bersama Brunei National Forest Resources Inventory Consultant, Lumina Sdn Bhd.

    Berdasarkan dapatan itu, hutan tanah gambut Brunei mempunyai biojisim bawah tanah (AGB) yang lebih tinggi sekitar 470 hingga 560 tan sehektar, berbanding negara-negara hutan hujan tropika lain di kepulauan Asia yang mempunyai kadar AGB purata 350 tan sehektar.

    Perbezaan itu, j elas mereka, menunjukkan hutan tanah gambut Brunei adalah hutan tumbuhan lama dan mempunyai stok biojisim yang tinggi.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda