Wednesday, September 18, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Singapura berminat kukuhkan kerjasama dengan Sarawak

    KUCHING, 11 SEPT – Singapura berminat untuk mengukuhkan kerjasama dengan Sarawak, terutama dalam sektor tenaga boleh diperbaharui kerana lokasinya yang strategik dan sumber asli yang luas, kata Menteri Tenaga Manusia dan Menteri Kedua bagi Perdagangan dan Industri Singapura, Dr Tan See Leng.

    “Sarawak dianugerahkan dengan sumber semula jadi yang banyak, terutamanya dalam tenaga boleh diperbaharui. Saya fikir ia adalah salah satu agenda utama yang akan kami bincangkan dengan lebih lanjut.

    “Kami juga berharap perdagangan dua hala dan ketersambungan pelancongan akan terus berkembang, dan ada kerjasama langsung mengenai import tenaga boleh diperbaharui,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia, hari ini.

    Mengulas lanjut lawatannya ke Sarawak, Dr Tan yang sebelum ini turut mengadakan kunjungan hormat ke atas Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, ia adalah siri pertemuan yang sangat produktif.

    “Dalam tempoh beberapa bulan akan datang, saya menantikan satu siri penglibatan yang produktif antara pasukan kami dan mungkin menyediakan sesuatu untuk Pemukiman Pemimpin kami menjelang akhir tahun ini”, tambahnya. – Bernama

    Tan Sri Abang Johari semasa menerima kunjungan hormat daripada Dr Tan See Leng, di Wisma Bapa Malaysia pada 11 September. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda