Tuesday, October 1, 2024
28.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sokong inovasi di Brunei

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 MEI – Dengan perkembangan yang dilaksanakan dalam bidang infrastruktur digital kebangsaan, kita mempunyai asas dalam negara untuk mengambil langkah-langkah praktikal bagi mendigitalkan dan berinovasi dalam pekerjaan, kolaborasi dan kehidupan.

    “Kita tidak seharusnya membincangkan mengenai apa sepatutnya inovasi itu tetapi apa yang kita mahu ubah dalam perniagaan, organisasi kita, cara kita bekerja dan melakukan dengan cara lain.”

    Perkara itu ditekankan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Unified National Networks Sdn Bhd (UNN), Dr Steffen Oehler dalam kata alu-aluannya semasa Simposium Inovasi UNN yang berlangsung di Mutiara Ballroom, Hotel Radisson, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat ialah Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha.

    Dr Oehler seterusnya menyatakan keyakinannya bahawa setiap hari, inovasi sedang berlaku di sekeliling kita di Brunei dan di serata dunia di mana kita harus sentiasa peka dan belajar mengenainya serta mendapat galakan untuk melakukan peranan kita dalam menyokong inovasi berkenaan.

    Setiap inovasi dalam sejarah manusia, ulasnya, bermula daripada seseorang yang tidak berpuas hati dengan benda di sekeliling mereka dan mempunyai keinginan untuk mengubahnya menjadi lebih baik.

    Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary bergambar ramai semasa Simposium Inovasi UNN yang berlangsung di Mutiara Ballroom, Hotel Radisson, kelmarin.
    Awang Norshahrul Nizam menyampaikan pembentangan bertajuk Fostering a Digital Innovation Ecosystem.
    Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary (kiri) menerima cenderahati yang disampaikan oleh Woo Chang Huei (kanan).
    Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary menghadiri Simposium Inovasi UNN yang berlangsung di Mutiara Ballroom, Hotel Radisson, kelmarin.
    Antara yang menghadiri Simposium Inovasi UNN.
    Dr Steffen Oehler menyampaikan ucapan alu-aluannya.

    Ini telah membawa kepada model perniagaan dan teknologi baharu yang menjana asas yang baharu dan kadang-kadang, cabaran baharu bagi ekonomi dan masyarakat, jelas
    Dr Oehler lagi.

    Beliau yakin bahawa mereka yang menghadiri simposium berkenaan mempunyai kepakaran dalam bidang dan topik yang mereka percaya ada nilai untuk dijana dengan memperkenalkan teknologi, proses pendigitalan dan menggabungkan penghantaran perkhidmatan dengan aplikasi pintar kepadanya.

    Namun begitu, mereka harus mengenali bahawa pendigitalan merupakan sebahagian daripada matlamat kebangsaan untuk menyediakan asas yang lebih luas bagi mempelbagaikan ekonomi, ia merupakan satu bidang yang luas di mana idea-idea kira harus dialu-alukan dan diubah menjadi langkah pertama yang nyata ke arah penyelesaian.

    Oleh itu, baginya, simposium berkenaan merupakan platform untuk berbincang dengan rakan-rakan kongsi dan pihak yang berkepentingan dari dalam dan luar negara mengenai bagaimana bersama mereka boleh memacu serta menyokong inovasi di Brunei.

    Pada majlis berkenaan, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary telah menerima cenderahati yang disampaikan oleh Naib Presiden Inovasi Digital UNN, Woo Chang Huei.

    Simposium diteruskan dengan pembentangan ucaptama bertajuk Fostering a Digital Innovation Ecosystem yang disampaikan oleh Penolong Ketua Eksekutif AITI, Awang Norshahrul Nizam bin Othman yang antara lain mengongsi bahawa Ekosistem Inovasi Digital merangkumi gabungan tiga ekosistem yang saling melengkapi antara satu sama yang lain iaitu ekosistem ICT, ekosistem inovasi dan ekosistem keusahawanan.

    Simposium dua hari berkenaan menyediakan peluang bagi menjana rangkaian dan platform perbincangan kepada pihak yang berkepentingan di Negara Brunei Darussalam dan jemputan dari luar negara untuk berbincang sesama mereka bagaimana mereka dapat memacu serta menyokong inovasi di Brunei.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda