Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sommer bersara dari bola sepak antarabangsa

    GENEVA, 20 OGOS – Penjaga gol Switzerland, Yann Sommer mengumumkan persaraannya daripada bola sepak antarabangsa kelmarin selepas kerjaya selama 12 tahun di mana dia membuat 94 penampilan bersama pasukan kebangsaan.

    Pemain berusia 35 tahun itu bermain dalam kesemua lima perlawanan Switzerland di Euro 2024.

    Perlawanan antarabangsa terakhirnya adalah kekalahan suku akhir kepada England menerusi sepakan penalti.

    “Masa saya bersama pasukan kebangsaan sangat bermakna bagi saya,” kata Sommer dari Inter Milan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh persatuan bola sepak Switzerland.

    “Saya melihat ke belakang dengan bangga pada banyak detik yang tidak dapat dilupakan, perlawanan yang mendebarkan, kemenangan yang diraikan bersama dan cabaran yang telah kami atasi bersama.”

    Sommer telah menjadi tokoh penting bagi Switzerland sejak mengambil alih peranan Diego Benaglio sebagai penjaga gol nombor satu mereka sedekad lalu.

    Switzerland telah mara ke pusingan kalah mati pada enam kejohanan utama terakhir. – AFP

    Aksi Sommer semasa kejohanan bola sepak Euro 2024 di Duesseldorf, Jerman pada 6 Julai lalu. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda