Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Southgate letak jawatan

    LONDON, 17 JULAI – Gareth Southgate kelmarin berkata dia meletakkan jawatan sebagai pengurus England, dua hari selepas mereka tewas kepada Sepanyol dalam perlawanan akhir Euro 2024.

    “Sudah tiba masanya untuk perubahan, dan untuk lembaran baharu. Perlawanan akhir Ahad lalu di Berlin menentang Sepanyol adalah perlawanan terakhir saya sebagai pengurus England,” kata Southgate dalam satu kenyataan.

    Nama-nama yang muncul segera sebagai pengganti Southgate yang berusia 53 tahun itu ialah pengurus Newcastle Eddie Howe, dan dua bekas pengendali Chelsea, Graham Potter dan Mauricio Pochettino.

    Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Bola Sepak Inggeris, Mark Bullingham, berkata Southgate telah berusaha melakukan kerja yang mustahil untuk dicapai.

    Southgate mengambil alih pada 2016 apabila nasib England berada pada tahap yang rendah setelah tersingkir dari Euro apabila tewas kepada Iceland dan akibat skandal dalam pasukan yang menyebabkan Sam Allardyce terpaksa meletak jawatan.

    Dalam empat kejohanan terakhir Southgate membawa England ke separuh akhir tiga kali dan final dua kali.

    Sebelum pelantikannya, Three Lions hanya mencapai tiga separuh akhir kejohanan utama dan satu final dalam sejarah apabila mereka memenangi Piala Dunia 1966.

    Walaupun Southgate telah berjaya mengubah nasib pasukan England, akan tetapi dia tidak dapat menjulang trofi pertama selama 58 tahun apabila England tewas 2-1 kepada Sepanyol Ahad lalu. – AFP

    Gambar fail menunjukkan reaksi Southgate selepas perlawanan bola sepak akhir UEFA Euro 2024 antara Sepanyol dan England di Olympiastadion di Berlin pada 14 Julai. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda