Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    STB, RB kerjasama tingkat jangkauan pelancongan

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 OGOS – Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) dan Syarikat Penerbangan Diraja Brunei (RB) bekerjasama untuk meningkatkan jangkauan pelancongan Sarawak di Taiwan.

    Menurut kenyataan STB, lembaga itu telah berjaya melaksanakan seminar rangkaian perniagaan yang diadakan di Taichung pada 27 Ogos dan Taipei, Taiwan pada 29 Ogos.

    Seminar berkenaan merupakan sebahagian daripada Kempen Gateway to Borneo yang dirangka untuk mempromosikan Sarawak, Malaysia sebagai destinasi pelancongan bagi profesional industri pelancongan Taiwan.

    Dengan penyertaan daripada tiga operator pelancongan dan tiga operator hotel dari Sarawak, seminar berkenaan mengetengahkan keunikan yang ditawarkan oleh rantau itu serta memupuk hubungan industri pelancongan kedua-dua belah pihak.

    Oleh itu, STB telah bekerjasama secara strategik dengan RB untuk memastikan kesalinghubungan lancar antara Taiwan dan Sarawak.

    Dengan RB beroperasi empat kali seminggu dari Bandar Seri Begawan (BSB) ke Kuching, tiga kali seminggu dari Taipei ke BSB dan dua kali seminggu secara langsung dari Taipei melalui BSB ke Kuching, perjalanan adalah lebih memudahkan.

    Jadual penerbangan mantap berkenaan telah meningkatkan lagi pengalaman keseluruhannya serta mempromosikan tarikan dua destinasi pelancongan.

    GAMBAR FAIL MUIZ MATDANI
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda