Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sukan Paralimpik Paris buka tirai

    PARIS, 29 OGOS – Sukan Paralimpik 2024 buka tirai di Paris kelmarin dalam majlis yang penuh gilang-gemilang, menandakan bermulanya pertandingan 11 hari di bandar yang masih menikmati kejayaan Sukan Olimpik.

    Presiden Perancis, Emmanuel Macron mengisytiharkan pembukaan sukan itu semasa upacara di Place de la Concorde di tengah Paris, yang merupakan kali pertama upacara pembukaan Paralimpik diadakan di luar stadium utama.

    Seramai 4,400 atlet daripada 168 delegasi berarak masuk ke arena ketika matahari terbenam dengan negara tuan rumah Perancis muncul pada akhir perarakan. Mereka disambut dengan tepukan gemuruh oleh 30,000 penonton yang memenuhi tempat duduk di sekitar dataran bersejarah itu.

    Cuaca cerah itu amat berbeza dengan hujan lebat yang turun sepanjang upacara pembukaan Olimpik pada 26 Julai.

    Dalam salah satu acara kemuncak majlis itu, penyanyi Perancis, Lucky Love, yang kehilangan lengan kirinya pada paras bawah siku, mempersembahkan nyanyian lagu yang menyentuh perasaan, My Ability, dikelilingi oleh penari yang terdiri daripada mereka yang tegap dan sihat dan yang kurang upaya.

    Presiden Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC,) Andrew Parsons kemudian memberitahu atlet dan penonton bahawa dia mengharapkan ‘revolusi inklusif’, sebelum Macron secara rasmi mengisytiharkan sukan itu dibuka. – AFP

    Bunga api meletup di sebelah Obelisque de Louxor (Luxor Obelisk) di Place de la Concorde semasa Majlis Perasmian Sukan Paralimpik Paris 2024 di Paris pada 28 Ogos. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda